Minggu, 21 November 2010

VALENTINE'S DAY: KEHADIRAN MU TIDAK DIUNDANG

Kenapa Masih Menyambut Hari Valentine? Adakah ia merupakan hari yang istimewa? Adat? Atau hanya ikutan semata-mata.
Ataupun, adakah hari-hari kebesaran yang dianugerahkan oleh Allah SWT tidak mencukupi?
Kita perlu memahami sejarah dan tujuan perayaan tersebut sebelum melibatkan diri ke dalam sesuatu yang mungkin bertentangan
dengan Islam. Kita jangan mudah terpedaya dengan promosi-promosi dalam mediamasa slogan-slogan dari Barat mengaburi
pemikiran kita. Firman Allah, “Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mengetahui tentangnya. Sesungguhnya pendengaran,
penglihatan dan hati, semuanya akan diminta pertangggungjawabnya” (Al Isra' : 36).
95
Sejarah valentine adalah panjang.Antara ceritanya, secara ringkas, ia bermula dari golongan yang menyembah berhala, iaitu orangorang
Romawi, yang merayakan acara untuk memperingati suatu hari besar mereka yang jatuh pada tanggal 15 Februari, mereka
menamakannya Lucipercalia.
Setelah penyebaran agama Kristian, para ahli gereja cuba memberikan pengertian ajaran Kristian terhadap perayaan para pemuja
berhala itu. Pada tahun 496 Masehi, Paus Gelasius (Pope Gelasius) menggantikan peringatan Lupercalia itu menjadi Saint
Valentine's Day, iaitu hari kasih sayang untuk orang-orang suci dengan memindahkan harinya kepada 14 Februari sebagai penghormatan
bagi seorang pendeta Kristian yang dihukum mati pada tanggal tersebut.
Islam adalah 'cara hidup' yang khusus dan unik bagi semua umat manusia. Sebagai umat yang memiliki peraturan hidup yang unik
dan berbeza dari sistem manapun, kita perlu berdiri atas agama kita yang satu ini tanpa meniru ajaran umat yang lain. Sabda
Rasulullah saw. "Tidak termasuk golongan ku orang-orang yang menyerupai selain dari golongan umatku (umat Islam)" HR
Tirmidzi dari Amru bin Syu'aib dari ayahnya dari datuknya. Sabda Rasulullah SAW lagi, "Jangan kamu menyerupai orang-orang
Yahudi dan Nasrani." HR Tirmidzi.
Kesimpulannya Ucapan dan sambutan Valentine Day tidak sepatut dilakukan oleh seorang Islam dan ia bukan hari kebesaran umat Islam.

0 komentar: